Jutawan Gemilang

rawatan bayi,rawatan patah,penyakit dan rawatan,rawatan batu karang,tanda penyakit hiv,penyakit cacar ,penyakit gastrik,penyakit mulut tangan,menangani penyakit,penyakit perut,penyakit hepatitis ,kematian penyakit,kejadian penyakit,rawatan gout,rawatan penyakit buah pinggang,rawatan angin ahmar

Apakah Penyakit Gusi ?

Kebanyakan dari kita boleh mengalami penyakit gusi yang tanpa kita sedari  dari awal.Penyakit gusi ini boleh dielakkan atau jika ia baru bermula ia juga boleh di rawat seandainya dapat dikesan diperingkat awal.

Gejala penyakit gusi ialah :

1-Pendarahan gusi ini kerana gusi yang tidak sihat akan lebih sensitif dan cepat berdarah terutama apabila memberus gigi berbanding gusi yang sihat.
2-Gusi membengkak dan menjadi merah
3-Terdapat ruang antara gigi
4-Gigi kelihatan agak panjang dari biasa
5-Pernafasan anda berbau busuk atau kurang menyenangkan apabila bercakap
6-Keadaan gigi yang agak longgar dari gigi yang normal
7-Terasa gatal atau sakit yang samar-samar pada gusi

 


Faktor-faktor penyebab penyakit gusi
-Disebabkan oleh kuman yang hadir di dalam plak.Ini kerana plak gigi adalah suatu filem protein yang nipis,dihasilkan dari air liur dan akan melekat pada permukaan gigi kita sepanjang hari

-Kemudian dikontaminasikan oleh kuman yang banyak di dapati di dalam mulut.

-Pembentukan plak adalah proses yang berlanjutan dan ia akan terbentuk kembali setelah kita membersihkannya.Oleh itu penting untuk menghindarkan plak supaya dapat menghalang plak yang dikontaminasikan oleh kuman daripada memusnahkan gigi dan gusi
Peringkat penyakit gusi

Pada peringkat pertama bagi penyakit gusi adalah dinamakan gingivitis.Pada peringkat ini gusi akan menjadi merah dan bengkak serta mungkin berdarah semasa memberus dan memflos gigi.Ia boleh disebabkan oleh pembetukan plak pada permukaan gigi yang kurang mencukupi dan ia boleh dielakkan dengan cara pemberusan dan pengflosan gigi setiap hari.

June 15, 2009 - Posted by jutawangemilang | Uncategorized | , , , , , , , , , , , , , , , | No Comments Yet

No comments yet.

Leave a comment